Assalamualaikum..
Di dalam FB Chef and Charity Club With Smile hanya ada sedikit-sedikit sahaja resepi dari bonda.
Bonda hanya mahir di dalam masakan Melayu, lauk-pauk, masakan kampung dan sedikit kuih muih.
Bonda tidak mahir dalam bidang kek dan pastri.
Kuih muih atau biskut raya pun bonda tak minat sangat.
kenapa jadi begitu?
sebab, tak ada orang yang nak makan. kalau nak buat biz pula tak ada siapa yang nak tolong. Untuk permulaan, jika kita nak buat biz, kita kena ada sokongan family.
Masakan harian seperti lauk pauk sahaja yang bonda gemar memasaknya. Kerana di samping menjadi lauk keluarga. Boleh juga memberi panduan kepada rakan-rakan atau suri rumah yang baru hendak berjinak-jinak dalam bidang masakan.
Bonda ucapkan kepada semua surirumah agar bahagia selalu di samping keluarga. Semoga anda semua rajin untuk memasak, kerana untuk membentuk keluarga yg lebih harmoni adalah dengan masakan atau air tangan kita sendiri. Selawat ketika mencuci dan berdoa semasa memasak akan menjadikan kehidupan kita lebih berkat. Kurangkan memakan makanan di luar.
Ceria selalu... :)
Wassalam.
No comments:
Post a Comment